Saturday, March 04, 2006

10 SEBAB KENAPA PEKASAM, BUDU, TEMPOYAK DAN CINCALUK BAIK UNTUK ANDA

  1. Jika anda makan PBTC, George Bush tidak berani bersembang dengan anda.
  2. Jika makan PBTC, anda sememangnya orang Melayu jati. Lebih jati kejatian anda berbanding dengan kayu jati ataupun beras Jati.
  3. Kesihatan mulut anda akan terjamin, sebab anda sentiasa berkumur dengan Listerine.
  4. Anda dapat menjamin second life kepada ikan-ikan yang tak berepa elok, udang-udang kecil dan durian yang tak habis dimakan atau terlampau masak.
  5. Anda menjamin tradisi memakan PBTC senantiasa berterusan hingga ke anak cucu.
  6. Mempunyai kandungan protein yang tinggi.
  7. Memastikan pengamal ubatan tradisional untuk rawatan resdung berterusan dapat cari makan.
  8. Memastikan buah yang ditebuk tupai mempunyai nilai tambah yang tinggi.
  9. Baik untuk mereka yang tidak mempunyai hubungan yang baik dengan mak mertua atau meluat nak tengok batang hidung mak mertua anda. Apabila anda sedang makan PBTC dengan nasi, mak mertua lalu belakang pun anda tak nampak.
  10. Sebagai cadangan tambahan, Maggi atau Mamee perlu menghasilkan mee segera perisa Tempoyak. Pastikan artis yang meng’endorse’ produk itu berasal dari Perak atau Pahang. Mawi tak boleh, sebab dia org Johor. Gerenti laku, terutamanya dikalangan pelajar Malaysia yang berada diluar negara.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home